Betul ke INDAH WATER & TNB ADA COLLECTOR?

 Hi semua orang. Kembali kita ke segment INDAH WATER, TNB ADA COLLECTOR KE TIDAK???

Okay. Jawapan dia ada. Sewaktu minggu-minggu final exam diploma misi mencari dah bermula. Setelah sebulan tamat diploma....iqa pergi beberapa sesi temu duga. Akhirnya diterima kerja di 'collector office Jalan Ipoh' dekat dengan LRT PWTC. Awal-awal kerja bulan April 2022 adalah perasaan takut sebab first time kerja yang agak formal macam tu tapi everything smooth sbb ada kakak yg baik hati beri tunjuk ajar dengan sabar. Skop kerja dia kita kena buat collection tunggakan untuk INDAH WATER and TNB and even CUKAI TANAH pun kitaorg buat collection. Kita pergi ke cara kerja dulu.

CARA KERJA AS DEBT COLLECTOR

Sebagai collector kerja kita untuk call customer buat validation alamat dan nama. Kadang even nama tak betul... tapi kalau alamat betul kita kena tanya lebih lanjut sbb kadang dorg beli tak tukar nama or tak update. Pemilik baru ke atau penyewa atau kenalan. Then, kalau pemilik baru kita akan ada soalan-soalan untuk ditanya begitu jugak yang lain. Kerja lain kadang-kadang kena buat untuk letter of demad (LOD IWK) double check, lipat, masuk sampul and open seal. Average buat 700-1500 surat kena buat. Then kena hantar sms. Sistem yg debt collector guna kita panggil volare. Call pakai headset yang disediakan.

KERENAH PELANGGAN IWK

1. collector call.... mostly customer tak angkat ada bnyk faktor.. 

    1a) dorg download true caller then kita call akan keluar scammer sbb dorg ada tunggakan then tak percaya and letak nombor kitaorg as scam or spam call dekat true caller.

    1b) ingat kitaorg scammerrrr 

2. pihak collector dah hantar surat pada alamat, dah buat site visit dah hantar sms rawak untuk setiap nombor dalam sistem. Bila site visit, customer, refuse to cooperate. Dah hantar sms 2-3 kali tak call balik pihak collector, maybe ingat scammer padahal untuk indah water dah tulis ada nombor akaun pembentungan dorg boleh je semak kalau tu alamat dorg. 

3. Ada customer dapat surat tapi tak call kita balik. Bila kita call.... dia bising kata dah cari iwk merata tak jumpa-jumpa. Bising kata dah cari kat google tak jumpa. Iqa dalam hati be like..'dah tahu dapat surat awat tak call.. lagi senang tanya collector indah water dari susah-susah duk cari indah water office' sbb collector indah water ada banyak info boleh tolong beri cara-cara pertukaran nama, alamat kosong, statement of account, kadang ada bill kalau dapat file yg sama kali kedua, nak tahu update kita boleh tolong checkkan. 

4. Ada customer tunggakan dah lebih 2 tahun.. Then, salahkan indah water sebab tak hantar bill padahal indah water hantar even pihak collector pun hantar surat. Then, boleh je semak kat website indah water https://www.iwk.com.my/pay-bill. Kalau betul curious tak dapat bill boleh je drop email tanya nombor akaun. Customer boleh pulak tanya bila hantar and so on.... kalau kita hantar boleh lah habaq ni dia tanya, bila iwk hantar bill. Lepas tu, dorg salahkan pihak iwk... bila kita minta bayaran dorg akan cakap nntlah saya bayar....tahu dakkk kadang RM 24 dorang tunda sampai 2-3 bulan...tunggakan setahun pun duk buat gitu....Ada customer nama dah kena blacklist sbb tunggakan rm 400++ means 4 tahun lebih... then melenting kata sesuka hati nak ctos nama org... Padahal surat banyak kali hantar kat rumah tapi biasanya hal mcm ni... pemilik sewakan then tak amik tahu pasal bil-bil yang ada asalkan cukup bulan dapat duit sewa...😀 Dah kena blacklist bising-bising. Ada tu rumah kosong bertahun tapi dia tak update kat indah water.... then maki kita cakap sesuka hati charge and ctos nama padahal rumah kosong then dia cakap dah habaq kat org hari tu (agency lain). Zaman sekarang semua kena ada hitam putih, tak boleh cakap pakai air liur ja.

5. Ada customer duk guna nama org lain walaupun dia dah beli. Kadang ada yg ambil kesempatan sebab kalau apa-apa nama pemilik lama yg kena. Disarankan segala penukaran nama dibuat oleh penjual. Kalau minta lawyer buat tolonglahh check sebab kadang lawyer pun terlepas pandang


KERENAH PELANGGAN TNB


1. Paling banyak pelanggan tak percaya TNB ada collector office. Mostly customer akan cakap kita scammer. Ada juga bersoal macam polis. Contohnya, Kenapa TNB tak call sendiri.... ada yg tanya TNB tak buat kerja ke? TNB pun tak sebarkan tentang collector office yg dorg lantik tak tahu lah pasal apa. 

2. Ramai jugak customer(pemilik) yang sewakan rumah dia dan bagi pakai nama, lepas tu tak ambil tahu pembayaran bulanan elektrik yg sepatutnya penyewa buat. Dah sampai riban salah kan TNB kenapa tak potong. Salah satu kenapa TNB tak leh potong adalah tak leh masuk kawasan rumah tu untuk potong bekalan, tunggakan tiada sape nak bayar, mungkin penyewa ada buat deal yg tak de sape tahu dengan contractor TNB. Jadi kat sini sebenarnya kecuaian pemilik. Pemilik tak boleh beri alasan ingat tak de kerja ke nak check satu-satu and so on. Pemilik tak fikir ke.. bila sewakan property yg beli bukan pakai daun tu namanya berniaga. Bila berniaga kena sentiasa ambil tahu. 

3. Kita call pemilik, pemilik tak habis-habis suruh potong je ...potong je.. bila suruh gi Office TNB tak mau, bila suruh call TNB tak mau.. macam mana tu.. Then, marah-marah kita kata you org kerja dengan TNB you org infrm lah mereka. Debt collector tugas dia adalah untuk memberi makluman tentang tunggakan, dan follow up customer untuk buat bayaran, itu sahaja.....Kadang customer dah lah berhutang lepas tu nak arahkan kita cakap itu ini dengan TNB... TNB kalau apa-apa..suruh customer refer sendiri dengan diaorg..kitaorg as debt collector tak leh buat apa.

4. Penyewa merayu-rayu minta jangan potong... tapi tunggakan dah lebih 3 bulan tak bayar.. macam mana tu?? lps tu siap cakap saya bayar sikit nnt..minta TNB jangan potong.. tak leh brain... nak pakai tapi x nak bayar...bukan nak buat settlement tu pun minta TNB jangan potong...Nilah contoh kalau TNB ambil tindakan agak-agak apa jadi... Kadang banyak yg lepas sebab ada deal yg kita tak tahu antara cust dengan pemotong elektrik(ada customer sendiri yg mengaku)...sudahnya dorg sambung tak bayar. Bila sikit tak mau settle alih-alih jadi parah....

5. Customer tak nak beri kerjasama untuk kasi resit pembayaran. Sedangkan bukan susah pun. Duk suruh check sendiri kat sistem...suruh kita gi tanya TNB sendiri and so on... actually TNB ada kelemahan sbb dorg tak beri system special yg membolehkan collector tahu bayaran yg dh dibuat. Sebab tulah pihak kita terpaksa minta resit.

6. Customer cakap dengan yakin TNB charge salah, yakin cakap dorang dah refer TNB. Bila kita check dengan TNB, TNB kata customer tak de buat apa-apa rujukan. Haih menyampah gile dengan customer gini. Atau bila kita follow up tanya kalau dorg dh chck dengan TNB ke belum duk buat tunda sampai 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan..

Kesimpulan

Apa-apa mesej atau panggilan sila buat semakan dahulu di website yang sah atau call bertanya dahulu untuk pengesahan. Jangan terus tuduh org tu scammer. Lagi satu walaupun awak tu customer please lah jangan nak cakap kat collector seperti>>awak nak resit sbb comission kan, awak nak saya bayar sbb nak comission kan...berapa TNB & IWK bayar awak kalau saya bayar... Soalan macam ni menunjukkan kau tu tak de adab dan soal berapa TNB dan IWK bagi tu tak merugikan korang pun kalau bayar  sbb korang yang pakai malah TNB dan IWK tak de pulak charge customer untuk bayar kat collectorπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Kerja dalam bidang collector untuk bil buat kita ambil iktibar dan berhati-hati dalam pengurusan bil..

Lagi satu apa-apa kalau kita dah pindah dari rumah tu dan ada pakai nama kita untuk bil-bil tolonglah pergi buat penutupan akaun TNB tu sendiri dan check betul-betul sama ada proses penutupan tu dah settle ke belum dan ada berapa baki...begitu juga dengan bil yg lain. Jangan harapkan org sebab kita tak tahu klu org gunakan kita ke tak.


sekian terima kasih

Comments

Popular posts from this blog

Kena Trick dengan Job Vacancy on IG dengan Gaji Lumayan by cuckoo

BERCINTA DI AWAL USIA